Thursday, 25 June 2015

Tugasan



Berikut adalah tugasan kumpulan dan tugasan individu yang perlu anda hantar. Anda boleh rujuk kepada tutorial yang didapati dalam laman web ini sebagai inspirasi untuk menyelesaikan tugasan anda. Selamat berjaya!

Tugasan Kumpulan 1:
Menulis set arahan komputer untuk suatu peralatan digital yang dipilih dan memberi pendapat tentang set arahan tambahan untuk menambah fungsi peralatan digital tersebut.

Markah : 10 markah

Tahap Penguasaan:   3-6 


Tugasan Kumpulan 2:
Menyediakan algoritma, pseudokod kompleks dan carta alir dalam menyelesaikan masalah situasi yang diberi.

Markah : 10 markah

Tahap Penguasaan:   1-6


Tugasan Individu 1:
Menghasilkan atur cara dengan perisian Scratch menggunakan filtur yang sesuai supaya dapat bergerak dari kedudukan A ke kedudukan B dan berpatah balik ke kedudukan A dengan kadar kelajuan berbeza., objek tersebut akan memaparkan dialog serta mengeluarkan bunyi yang sesuai dan bergerak secara rawak apabila bersentuh dengan objek lain.

Murid-murid dikehendaki membentangkan projek multimedia interaktif dan menceritakan cara-cara mengesan dan membaiki ralat bagi atur cara yang dibangunkan.

Markah : 20 markah

Tahap Penguasaan:   3-6


Tugasan Individu 2:
Membangunkan satu projek pengaturcaraan yang menarik dan kreatif melibatkan fitur dan objek yang dipelajari. Murid-murid perlu menerangkan penyataan situasi, memberi justifikasi objek-objek yang dipilih dalam situasi berpandukan algoritma, pseudokod  dan carta alir yang dibina dan juga penyelesaian ralat yang ditemui semasa membangunkan atur cara yang menarik serta mendokumentasikanya dengan selengkapnya.


Markah : 20 markah

Tahap Penguasaan:   1-6


* Sila rujuk kepada Proforma untuk maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment