Tuesday 11 August 2015

Misi Menyelamatkan Puteri

Situasi



Seorang putera raja sedang mengembara di dalam hutan. Tiba-tiba putera raja terdengar satu jeritan meminta pertolongan dari arah sebuah perigi lama di hutan itu.  Putera raja pun menuju ke arah perigi tersebut. Rupa-rupanya seorang puteri raja telah terjatuh ke dalam perigi itu. Putera raja bertanya “siapa di dalam?”. Puteri raja menjawab “Tolong keluarkan saya”. Putera raja pun mencari ikhtiar untuk menyelamatkan tuan puteri. Putera raja berfikir samada mahu menggunakan tali atau ranting kayu untuk mengeluarkan puteri raja dari perigi itu.


Langkah 1: Membina Algorithma dengan Pseudokod

Mula

Putera raja terdengar jeritan meminta pertolongan

Bergerak ke arah jeritan

Putera raja bertanya “siapa di dalam”

Puteri raja menjawab “Saya puteri raja, tolong keluarkan saya”

Putera raja berfikir cara menyelamatkan puteri raja

Jika memilih tali (menaip A) maka berjaya selamatkan puteri

Jika memilih ranting kayu (menaip B) maka gagal kerana ranting kayu patah

Tamat

 

 Langkah 2: Membina Carta Alir

 

Langkah 3: Mengekod atur cara mengguna blok-blok

 

 

Friday 26 June 2015

Tutorial 4: LadyBug & Dinasour



Dalam tutorial ini digabungkan 3 sprites yang diubahsuai rupanya, dengan latar yang dimuat naik daripada komputer. Selain blok gerakan (berwarna biru) dan kawal (berwarna perang muda), blok-blok yang lain seperti blok rupa (berwarna ungu), blok kawalan (warna perang tua), blok mengesan (biru muda) dan blok pen (warna hijau tua) turut digunakan untuk bereaksi mengikut situasi. Sila rujuk kepada tutorial daripada Modul 3 untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana menukar sprites, menukar latar dan menggunakan blok-blok tersebut.

Situasi
Terlebih dahulu marilah kita memahami jalan cerita dulu. Mula-mula ladybug mula turun dari pokok dan bertemu dengan Scratchy. Mereka mengucapkan “Hello” antara satu sama lain dan Scratchy meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba seekor dinosaur muncul dan ia ternampak ladybug itu. Ia melaung hendak makan ladybug itu. Ladybug itu segera mundur untuk naik ke atas pokok tetapi malangnya dimakan oleh dinosaur juga.  

Sekarang kita lihat satu per satu atur cara bagi setiap sprite.


Penjelasan Atur Cara Scratchy:




  













  1. Apabila program dimulakan, Scratchy akan sentiasa muncul di sebelah kanan skrin. 
  2. Scratchy akan bergerak dan berhenti seketika untuk mengucapkan “Hello” kepada ladybug. 
  3. Scratchy bergerak ke depan dan menukar-tukarkan kostum selama 7 kali untuk menghasilkan gerakan berjalan. 
  4. Scratchy dijadikan “sembunyi” sebagai tanda ia berjalan terus meninggalkan hutan itu.



Penjelasan Atur Cara Ladybug:

 




































  1. Apabila program dimulakan, Ladybug akan sentiasa berada di kedudukan atas pokok. 
  2. Blok-blok “pen” digunakan untuk melukis garis putih apabila Ladybug menurun ke bawah. 
  3.  Blok gerakan “Luncur [ 2 ] saat ke x: [  ] y: [   ]” supaya Ladybug kelihatan bergerak ke bawah. 
  4.  Blok kawal “tunggu 5 saat” digunakan untuk memberi laluan kepada kemunculan dinosaur.  
  5.  Blok pen “pen diangkat” dan “bersihkan” serta blok gerakan “Luncur [ 1 ] saat ke x: [  ] y: [   ]” digunakan supaya Ladybug itu kelihatan lebih cepat balik ke atas pokok. 
  6. Blok kawal “If-Else” digunakan dengan syarat kalau Ladybug itu bersentuhan dengan dinosaur, ia akan bergerak ke atas bawah dan mengeluarkan bunyi drum sehingga blok rupa “sembunyi” digunakan yang bermaksud ia telang hilang dimakan dinosaur. 
  7.  Sebaliknya, kalau Ladybug itu tidak bersentuh dengan dinosaur, ia akan terus muncul. 




Penjelasan Atur Cara Dinosaur:






































  1. Apabila program bermula, Dinosaur yang mengguna kostum akan sembunyi dulu kerana semasa Scratchy muncul dinosaur belum muncul lagi.  
  2. Dinosour bertukar kostum yang pandang ke atas dan dialog muncul . 
  3. Blok gerakan digunakan untuk membuatkan dinosaur itu melompat. 
  4. Blok rupa “switchcostume to” diguna untuk menukar rupanya yang membuka mulut. 
  5. Blok rupa “bercakap [  ] selama [ ] saat” diguna sebagai dialog dinosaur. 
  6. Blok gerakan dan blok kawal digunakan untuk mewujudkan gerakan lompatan. 
  7. Blok kawal “If-then” diguna agar menghasilkan kesan mulutnya makan. 
  8. Blok gerakan “luncur [  ] saat ke x: [  ] y: [ ]” dan blok rupa digunakan untuk menunjukkan dinosaur itu mendarat dan memikir rasa sedap selepas ladybug itu dimakan.

** Anda boleh memuat turun “Spider.sb2” dalam Projek Tutorial sebagai rujukan.