Atur cara
komputer
Atur
cara komputer adalah satu set arahan bertertib yang mengarahkan komputer
melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan
bahasa pengaturcaraan.
Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai pengaturcaraan
komputer.
Untuk
mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan
(langkah-langkah yang tertib) dan ini mempunyai persamaan dengan set arahan
dalam atur cara komputer. Kita
boleh menulis langkah-langkah aktiviti harian sebagai set arahan dalam atur
cara komputer. Cuba kita lihat situasi berikut:
Situasi : Menggosok gigi
1.
Mula
2.
Mengeluarkan
berus gigi dan ubat gigi.
3.
Membersihkan
berus gigi dengan air.
4.
Menuangkan
air ke dalam sebuah gelas.
5.
Memicit
ubat gigi pada berus gigi.
6.
Menggosok
gigi.
7.
Mencuci
mulut dengan air di dalam gelas.
8.
Mengelap
mulut.
9.
Mencuci
berus gigi dan gelas.
10. Meletakkan berus gigi, ubat gigi
dan gelas ke tempat asal.
11. Tamat
Sekarang, marilah menguji pemahaman
anda dengan menyenaraikan langkah-langkah aktiviti di bawah mengikut tertib sebagai
set arahan dalam atur cara komputer:
Situasi 1: Pergi ke pejabat pos
untuk mengirim surat
Situasi 2: Pergi ke perpustakaan
untuk meminjam buku
Situasi 3: Menaiki LRT untuk
pergi ke sekolah
No comments:
Post a Comment