Tutorial 1:
Anda ialah ahli Kelab Pencinta Alam. Hari ini
sekolah anda mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Anda ditugaskan
untuk mengumpul dan mengasingkan sampah lalu membuangkannya ke dalam tong kitar
semula mengikut warna dan jenisnya.
Tuliskan pseudokod dan carta alir dengan betul dan
lengkap.
_________________________________________________________________________
Pseudokod
- Mula
- Meronda di kawasan padang sekolah untuk mengutip sampah.
- Menentukan sama ada sampah itu boleh dikitar semula.
- Jika sampah itu tidak boleh dikitar semula, buang ke dalam tong sampah.
- Jika sampah itu boleh dikitar semula, tentukan tong kitar semula yang sesuai untuk dibuangkan sampah itu.
- Buangkan sampah itu.
- Tamat.
Adik-adik, sebelum kita teruskan kepada melukis
carta alir, beberapa maklumat harus kita kenal pasti terlebih dahulu. Pertama,
masihkah adik-adik ingat fungsi simbol dalam carta alir? Jika anda kurang
pasti, klik Algorithma, Carta Alir & Pseudokod untuk ulang kembali.
Langkah kedua, kita perlu tahu apakah warna tong kitar semula dan jenis sampah yang boleh dibuang ke dalamnya. Terdapat 3 jenis warna tong kitar semula iaitu warna perang untuk membuang barangan kaca, warna jingga untuk sampah jenis aluminium dan plastik manakala warna biru untuk membuang kertas.
Sekarang, marilah kita cuba untuk membuat carta
alir.
👍
ReplyDelete