Friday, 26 June 2015

Pengenalan Atur Cara



Apa itu atur cara?
Atur cara adalah satu senarai arahan atau tatacara untuk diikuti supaya sesuatu matlamat tercapai. Pada zaman moden kini, banyak perkakasan harian mengandungi atur cara komputer. 

Contohnya pada hari panas, kita akan memasang kipas supaya sekeliling kita lebih dingin dan selesa. Aktiviti ini juga melibatkan atur cara seperti berikut: 
1. Tekan suis kipas. 
2. Mengambil alat kawalan. 
3. Tekan butang “Speed” untuk memilih kekuatan kipas itu berpusing.          
4. Sekiranya anda ingin kipas itu berputar, tekan butang “Oscillate”. 
5. Sekiranya anda ingin mengehadkan masa kipas itu berpusing, tekan butang “Off -Timer”. 
6. Tekan butang “ On/Off  ” sekiranya tidak perlu menggunakan kipas lagi.


Sekarang, uji pemahaman anda dengan menulis atur cara peralatan digital yang lain seperti: 
a)      Komputer 
b)      Mesin basuh 
c)      Televisyen 
d)     Telefon Bimbit 
e)      Ketuhar  gelombang  mikro 
f)       DVD



Adik-adik, cuba bayangkan kesan jika tiada atur cara komputer dalam perkakasan harian. Sekiranya tiada arahan komputer dalam kipas tersebut, kita perlu mengipaskan diri kita secara manual. Oleh itu, peralatan digital yang mengandungi atur cara komputer sangat penting untuk membantu kita memudahkan tugasan harian.

No comments:

Post a Comment