Sunday 21 June 2015

Perlu Rujukan?



Jika anda ingin berkongsi ciptaan kreatif dengan scratchers di seluruh dunia atau anda ingin mencari inspirasi untuk membangunkan bahan multimedia interaktif dengan Scratch, anda bolehlah melayari laman web komuniti dalam talian Scratch melalui https://scratch.mit.edu/

Selain itu,forum didirikan sebagai platform bagi ahli Scratch menanya soalan, berbincang tentang topik yang berkaitan dengan Scratch, belajar antara satu sama lain untuk membangun projek multimedia dan mencari rakan usaha sama. Anda boleh mencapai forum Scratch melalui https://scratch.mit.edu/discuss/

 

Ebooks

Terdapat banyak ebooks yang boleh didapati sebagai rujukan untuk membangunkan program dengan Scratch. Untuk memuat turun ebooks, sila klik pautan berikut:


 

 

Anda pendidik?

Seiring dengan hasrat untuk menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Scratch, pasukan pembangun juga membina platform dalam talian yang baru iaitu ScratchEd (http://scratched.media.mit.edu). Platform tersebut memberi peluang kepada tenaga pengajar untuk berkongsi idea, pengalaman, sumber PdP, rancangan mengajar dan sebagainya antara satu sama lain.   

1 comment: