Dalam
tutorial ini digabungkan 3 sprites
yang diubahsuai rupanya, dengan latar yang dimuat naik daripada komputer.
Selain blok gerakan (berwarna biru) dan kawal (berwarna perang muda), blok-blok
yang lain seperti blok rupa (berwarna ungu), blok kawalan (warna perang tua),
blok mengesan (biru muda) dan blok pen (warna hijau tua) turut digunakan untuk
bereaksi mengikut situasi. Sila rujuk kepada tutorial daripada Modul 3 untuk
mengetahui lebih lanjut bagaimana menukar sprites,
menukar latar dan menggunakan blok-blok tersebut.
Situasi
Terlebih
dahulu marilah kita memahami jalan cerita dulu. Mula-mula ladybug mula turun dari pokok dan bertemu dengan Scratchy. Mereka
mengucapkan “Hello” antara satu sama
lain dan Scratchy meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba seekor dinosaur muncul
dan ia ternampak ladybug itu. Ia melaung hendak makan ladybug itu. Ladybug itu
segera mundur untuk naik ke atas pokok tetapi malangnya dimakan oleh dinosaur
juga.
Sekarang
kita lihat satu per satu atur cara bagi setiap sprite.
- Apabila program dimulakan, Scratchy akan sentiasa muncul di sebelah kanan skrin.
- Scratchy akan bergerak dan berhenti seketika untuk mengucapkan “Hello” kepada ladybug.
- Scratchy bergerak ke depan dan menukar-tukarkan kostum selama 7 kali untuk menghasilkan gerakan berjalan.
- Scratchy dijadikan “sembunyi” sebagai tanda ia berjalan terus meninggalkan hutan itu.
Penjelasan Atur
Cara Ladybug:
- Apabila program dimulakan, Ladybug akan sentiasa berada di kedudukan atas pokok.
- Blok-blok “pen” digunakan untuk melukis garis putih apabila Ladybug menurun ke bawah.
- Blok gerakan “Luncur [ 2 ] saat ke x: [ ] y: [ ]” supaya Ladybug kelihatan bergerak ke bawah.
- Blok kawal “tunggu 5 saat” digunakan untuk memberi laluan kepada kemunculan dinosaur.
- Blok pen “pen diangkat” dan “bersihkan” serta blok gerakan “Luncur [ 1 ] saat ke x: [ ] y: [ ]” digunakan supaya Ladybug itu kelihatan lebih cepat balik ke atas pokok.
- Blok kawal “If-Else” digunakan dengan syarat kalau Ladybug itu bersentuhan dengan dinosaur, ia akan bergerak ke atas bawah dan mengeluarkan bunyi drum sehingga blok rupa “sembunyi” digunakan yang bermaksud ia telang hilang dimakan dinosaur.
- Sebaliknya, kalau Ladybug itu tidak bersentuh dengan dinosaur, ia akan terus muncul.
Penjelasan Atur Cara Dinosaur:
- Apabila program bermula, Dinosaur yang mengguna kostum akan sembunyi dulu kerana semasa Scratchy muncul dinosaur belum muncul lagi.
- Dinosour bertukar kostum yang pandang ke atas dan dialog muncul .
- Blok gerakan digunakan untuk membuatkan dinosaur itu melompat.
- Blok rupa “switchcostume to” diguna untuk menukar rupanya yang membuka mulut.
- Blok rupa “bercakap [ ] selama [ ] saat” diguna sebagai dialog dinosaur.
- Blok gerakan dan blok kawal digunakan untuk mewujudkan gerakan lompatan.
- Blok kawal “If-then” diguna agar menghasilkan kesan mulutnya makan.
- Blok gerakan “luncur [ ] saat ke x: [ ] y: [ ]” dan blok rupa digunakan untuk menunjukkan dinosaur itu mendarat dan memikir rasa sedap selepas ladybug itu dimakan.
**
Anda boleh memuat turun “Spider.sb2” dalam Projek Tutorial sebagai rujukan.